Friday, March 13, 2015

NEMOCAMELO dah kembali menemui penciptanya

13/3/2015 @ 3.30 am...

Leo dah kembali menemui penciptanya... atas pangkuan Cuyang, Leo hembuskan nafas terakhirnya selepas sebulan lebih derita FIP dan tambah seminggu menderita akibat kepala tersangkut pada sangkar sejak 6 Mac 2015.

Sabtu, 7 Mac, Leo sempat Cuyang bawa balik kampung jumpa atok..tetapi keadaan Leo terus lemah, kepala dah mula tak boleh angkat..makan pun dah makin kurang.  Leo terpaksa dipakaikan pampers sebab kencingnya keluar sambil dia terbaring.

Atok dan Leo

Balik KL, keadaan Leo terus menurun, Cuyang terpaksa balik tengahari utk bagi minum dan makan..hingga hari selasa, Cuyang ajak along teman hantar ke Animal Medical Centre.  Sampai di sana, doctor cakap Leo dah nazak dan minta segera rujuk semula ke UPM (bila cuyang kata pernah hantar ke UPM).

11 Mac, Cuyang hantar pula Leo ke UPM bersama along. Di sini doc sahkan Leo tidak dapat diubati dan hanya menunggu masa.  Cuyang tumpangkan Leo rumah along coz nampak sangat lemah utk diangkat / bawa ke Sentul lagipun memudahkan di beri makan dan minum oleh Ameer bila Cuyang ke ofis.  

12 Mac, 4.30 pagi, along call, Leo dah mula sesak nafas dan dah nampak kadang-kadang bernafas menerusi mulut.  Cuyang terus bersiap terus ke rumah along dan jaga Leo hingga jam 7.30 pagi. Berat rasa nak melangkah tinggalkan dia semasa g kerja.  Balik kerja...terus pecut ke rumah along. Malam nih Cuyang terus tidur Wangsa Maju utk temankan Leo.  Sejak petang Leo nampak lemah..makan dah mula kurang..wetfood saje yg masuk sedikit dan air pun guna syringe...sikit-sikit. 






Dari petang, hingga ke malam dan masuk hari Jumaat (13 Mac 2015) Leo terus lemah, sesekali dengar dia hembus nafas yang kuat.  Mmg sedih tengok keadaan dia.  Hingga jam 2 pagi Cuyang tidak dapat tidur dan hanya mengusap kepala dan badannya...tahu dia amat sakit..dan hingga nafas Leo mulai tersekat-sekat (kadang2 nampak terhenti).  Dalam jam 3.00 pagi, Cuyang nampak Leo sesekali nafas makin tersekat-sekat...dan tengok kepalanya basah (rupanya air dah tak tertelan) Cuyang terus angkat cium-cium Leo..sedih sangat tgk keadaannya.  Cuyang mmg taksampai hati, sambil riba Leo Cuyang bagitau "momi relakan Leo pergi...pergilah sayang...momi akan terus rindukan Leo..dan momi sangat sayang Leo..pergilah dengan tenang"....Cuyang terus riba dan cium dahinya dan tak lama kemudian Leo terus berhenti bernafas selamanya.  Airmata bercucuran tanpa henti terasa sungguh kehilangannya.  Leo kami semadikan di halaman rumah along...agar dekat dengan kami. 

Nemocameleo....Momi will miss u and love u forever.


2 comments:

asparaguswhite said...

Leo dah pergi..semoga sabar n tabah..layanannya dah macam orang dah.tip top n first class..semoga kak ima dapat menemukan pengganti leo..huhuhu

Anoor Alwi said...

alhamdulillahhh...sekarang dah ada Igeromeo yg gendut & manje terlebih walau muka agak gaya abam sado..hehehehe. Tapi sesekali kerinduan pd Leo masih menjentik...takkan dilupai anak bulus yang pertama dijaga sepenuhnya. RIP Leo