Thursday, February 5, 2015

NEMOCAMELO ...Sakit yer sayangggg...momi ikhtiar selagi mampu...

Alkisahnya...

30 Januari 2015
Sebelumnya..Cuyang dah kerap terperasan yang Leo suka terlangsung2 kakinya time berkejar-kejaran dengan mates dia (Comey dan Princess Calico. Now boarding rumah Cuyang coz tuannya outstation ke oversea 3 minggu). Ingatkan bulu kakinya yang lebat menyebabkan dia selalu nampak tergelincir dan terjatuh masa bermain. Then sabtu, 1 Feb. Cuyang ingat nak g grooming lerr..yerlah kasi potong sikit bulu2 kat telapak kaki dia yang panjang gebusss tuh.


Princess Calico (depan) dan Comey (belakang)...aweks Leo...hehehe


1 Februari 2015
Pagi-pagi bersiap coz excited nak bawak Leo grooming, Cuyang mula nampak lain macam..Leo berjalan tapi terjatuh2 seperti kaki lemah..bila berkejaran pun dia terbuai2 jatuh dan langgar kiri kanan...macam nampak lemah sangat kakinya. Main pun tak lama...jap-jap baring..nampak lemah.




Main-main ngan Princess macam takde semangat...banyak baring dan tidur jer...

So, terus jadi panik dan tukar plan utk pergi bawa ke Klinik Veterina.  Jam 11.30 am sampai di Klinik Veterina Dwi Tasik..tapi doc pulak blom buka...n bila call katanya dlm jam 1.00 tghari (tulis kat pintu jam 11 dah open...ermm yerlah cuti kot). Tengok jam dekat jam 12.30 tghari..then Cuyang decide letak Leo kat Petshouse Bandar Permaisuri berhampiran sambil tunggu doc sampai (tqvm Heri tumpangkan Leo, 2 jam tanpa bayaran).



Jam 2.00 ptg baru doc Amar sampai dan call suh datang ke Klinik.  Time check Leo (nampak macam tak check..huhuhu)...alahai dia tak pasti pulak kenapa jadi gitu (doc haiwan guana nih...aduii) tapi takpe jugak lah, dia rekomen suh bawa ke klinik PetWell, Jalan Lancang, Taman Sri Bahtera, Cheras (nasib baik dia tolong gak bagi pelan, almaklum..area Cheras nih buta sikit..hahaha). 

Cuyang gagah gak kesana. Sampi situ, doc Cina perempuan (baik hati dan nampak sangat profesional) dan terus ambik suhu Leo (cucuk termo dlm punggung) dan tu diaa...40.2 dgree...panas..Leo demam rupanya. So, doc nih maklum, mungkin saraf Leo dah kena attack coz demam panas (mana momi tahu Leo demam...uuwwaaaaa).  Leo dapat 2 cucuk kat belakang kulit dia..dan doc turut ambil sample darah incase...alhamdulillah takde ape2 yg serius.  Cuyang cite jugak yg bagi Leo minum Baja Kucing..tapi doc suruh berhentikan serta merta coz (nasib baik juga sejak balik dari kampung (pertengahan Januari 2015, cuyang dah stop bagi minum - atas nasihat kawan petshop juga).

Tengah tggu doc cucuk...dapat 2 das cucuk kat badan dan bontot..alahaiii..cian yeye

Jam 4 pm..baru kami selesai dan balik.  Dalam kereta Leo jadi lemah (mybe coz ubat) dan mula ngangga mulut dan berbaring dalam beg.  Cuyang pun drive sambil air mata mengalir...sebak tengok dia gitu, mulut pun memanggil2 nama dia...sedih dan panik tengok dia gitu.  




2 Februari 2015 
Leo mula nampak cergas dan mula bermain..tapi yang sedihnya kaki dia masih lemah..dan terus jatuh-jatuh bila mengejar kawan-kawannya si Princess dan Comey (time nih bila Cuyang tengok jer..mengalir air mata). Syukur jugak Cuyang cuti 4 hari (sabtu, ahad, hari wilayah dan Thaipusam).



Princess macam risau tengok keadaan Leo dah mulai tak cergas...kaki belakang dah tak kuat berdiri

4 Februari 2015  
Pagi siap-siap g kerja, tengok Leo masih takde perubahan.  Cuyang tak sampai hati...so terus angkut dia bawak gi Klinik Veterina Wilayah Persekutuan (try gomen plak)...Jam 7.00 pagi kami dah keluar, tapi problemnya sesak pulak, berpusing-pusing dlm Cheras tuh...jam 10.00 pagi alhamdulillah barulah kami sampai (pengajaran gak better survey dulu kalau tak tahu jalan..huhuhu).

Sian Leo, tapi syukur dia nampak bertahan.  Jam 12.30 tengahari baru dapat masuk dalam jumpa doc..kata doc saraf Leo terganggu....n bagi vitamin saraf ( 5 bijik + beli lagi kat Farmasi utk jangkamasa sebulan), antibiotik dan vitamin sihat. Leo perlu rujuk kembali sebulan kemudian...(jangka awal Mac 2015). 
Comey pun sayangkan Leo...tolong mandikan....macam tau Leo dah mula sakit.

banyak nya ubat Leo...sian yeye....Leo mesti kuat k

Hingga hari ini..Leo dah sihat (tiada demam) tetapi kaki masih lemah.  Cuyang berdoa Leo cepat sembuh agar dapat terus sama-sama berkejar dalam rumah, panjat sofa dan gurau gigit2 kaki seperti sebelumnya. Leo...momi loved u so much...:)  


13 Februari 2015
Keadaan kaki Leo masih tak berubah...tiap kali main..kakinya dah makin lemah dan kadang-kadang dah nampak mula menyeret...alahaiii..hati Cuyang jadi makin tak keruan...then ambik keputusan hantar Leo ke Veterinar Universiti Putra Malaysia.  Kali ni along follow coz dah makin kesian tengok keadaan Leo.  Di UPM doktor ambil sample darah dan maklumkan simptom Leo seperti FIP (penyakit kucing yg tiada penawar dan seperti HIV...antibodi mulai kurang dan sistem saraf terganggu). Leo juga disahkan dijangkiti virus Trombo...virus yang menyerang sistem saraf.  Cuyang dah bercucuran air mata mengenagkan keadaan Leo..tapi tetap tabahkan hati dan kuatkan semangat mendpatkan penawarnya.




No comments: