Sunday, March 23, 2014

SELAWAT PERDANA@DATARAN PUTRA, PUTRAJAYA

Syukur alhamdulillah...
Pada 21 Mac (jumaat) 2014, di Dataran Masjid Putra, Putrajaya....hajat hati nak berselawat bersama Habib Syech Abdul Qadir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dimakbulkan olehnya...aminn.  Ini pun asalnya Cuyang suka pula dengar dendangan selawat Ha nana..oleh tuan Habib, tu yg pasang niat utk bersama berselawat secara live bila tuan Habib datang lagi ke Kuala Lumpur.  Cuyang pergi dengan Farina jer dan ada rakan2 ofis yang pergi bersama keluarga masing-masing.  Dimaklumkan dalam paper, lebih 500ribu orang hadir berselawat bersama malam tuh..alhamdulillah..bertepatan juga tema majlis ini adalah 'Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan'.  Actually..program ni dah bermula dari petang dengan acara-acara tazkirah serta solat berjemaah.  Manakala jam 8.30 malam tuh semua pengunjung dijemput utk solat Isyak dan solat hajat berjemaah bersama YAB Perdana Menteri. Dalam pukul 9.00 malam baru lah acara selawat bermula. Program ini turut diadakan secara langsung menerusi TV Alhijrah.  










No comments: