Thursday, February 13, 2014

KEHILANGAN BOS TERCINTA..PN.FAEZAH ABD. AZIZ


12 Feb.2014, Rabu

Kami semua warga kraf dikejutkan dengan pemergian Pn.faezah ke rahmatullah.  Kami yang Bahagian Pasaran dan Promosi ni lebih-lebih lagi...sebab Pn.Fae merupakan bos kami tercinta. Cuyang pun seperti rakan-rakan promosi yang lain masih dalam keadaan terkejut..tidak percaya dengan apa yang berlaku pd beliau.  Ini kerana sebelum saat akhir beliau..Pn.Fae hanya mengalami bengkak kaki akibat urat simpul yg hampir 2 minggu beliau alami.  Lain-lainnya beliau tetap seperti sedia kala...bz dengan kerja, sentiasa memantau..melawat kubikel anak2 buahnya tanya progress HKK 2014.

Yang pasti...antara jam 2.30 petang..dalam kesibukan masing2..kami dikejutkan dengan makluman rakan Bhg.Strategik yang Pn.Fae jatuh di bilik air. Kshikin yang baru keluar utk mengambil wuduq terus ke hadapan ruang tamu aras 2..yg mana Pn.Fae sedang ditenangkan oleh rakan2 bahagian yang ada.  Aku turut berkejar ke hadapan selepas kshikin maklumkan yg Pn.Fae jatuh.  Sampai2..kelihatan Pn.Fae dalam kesakitan cuba menarik nafas yang semakin pendek dan laju.  Masing2 terus memanggil2 beliau, mengusap2 dada..kepala dan apa saja yg boleh untuk menenangkan beliau ketika itu termasuk mendengarkan kalimah2 suci utk memberikan beliau kekuatan dan semangat utk melawan kesakitan. 

Namun...Allah swt lebih menyayangi Pn.Fae kami.  Antara jam 3.00petang Pn.Fae meninggalkan kami semua..tenang mengadap penciptanya. Jenazah beliau turut di bawa ke HKL utk post mortem dan doc memaklumkan antara punca kesakitan yg membawa kematian adalah paru-paru beliau telah ada darah beku yang turut berpunca dari kakinya yang bengkak atau secara saintifiknya dipanggil DVT (Deep Vein Thrombosis).

Kami di Bahagian Pasaran dan Promosi amat terasa kehilangan beliau...lebih lagi kami semua amat memerlukan ketua dalam mempersiapkan HKK 2014.  

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang solihin..amin...al fatihah.



Boss yang seperti kakak dan rakan...rindu padanya






2013 - Beraya di rumah Pn.Fae....ni lah raya terakhir kami bersama beliau




No comments: