Monday, April 1, 2013

LIMA 2013

25 - 27 Mac 2013, cuyang dan Mija telah diminta membantu menyelaras aktiviti Promosi Kraf Malaysia di Pulau Langkawi. . Hehehhe...dengar promosi ini sempena LIMA 2013, pucuk di cita ulam mendatang laa...memang berhajat laa juga nak tengok LIMA lagi since tahun 2009 (with kak zawahir dan yus). Ini pun bos minta kami membantu Kompleks Kraf Langkawi, yang sekarang diterajui oleh Tengku Azrul (menggantikan tempat Puan Norizan yg bertukar ke Ibu Pejabat).

Hari pertama..25 Mac - kami bertolak dari KLIA (Mas) ke P.Langkawi. Ini pun pengalaman menaiki flight pertama buat Mija (seronok juga dia).  Kami sampai petang, terus di bawa ke KKLangkawi. Penginapan seperti biasa di Institut Pengurusan Peladang (hotel laa jugakkk...hehehe, almaklum hotel yang biasa ditempah telah penuh coz LIMA dan minggu cuti sekolah.  KKL telah menyertai PKM di 3 lokasi tambahan selain di KKL sendiri iaitu airport Langkawi (demo dan pameran), Oriental Village dan parking area LADA.

27 Mac - perasmian LIMA oleh PM. Emmm sebab guna pakai pas 'exhibitior'...dapatlah kami bersama di dewan pameran dan mengambil gambar di sekitar pameran kapalterbang tuh..bessss. Bagi cuyang LIMA 2013 tetap terbaik dengan pertunjukan udara (Red Arrow dan jet-jet pejuang Sukhoi, TUDM). Apepun, terima kasih Tengku Azrul...semoga terus gemilang, cemerlang dan terbilang di sana.


sampai-sampai jer dah buntang mata nengok Tanker nih...beso gilerr








seronoknyaaaa mijaaaaaa....hehehehe...actually si mija ni baru lepas ok dari cirit-birit..siaaannn dia....hehehehe

Terima kasih daun keladi Encik Tengku Azrul....:)) nanti kami datang lagi ok.



Ni kompleks beli-belah Haji Ismail Group....perghh...banggo gak nengok legasi HIG nih..dah makin hebat..dan hotel HIG pun ada...coming soon..sonang laa nak mai lagiii....:)

No comments: