Tuesday, September 18, 2012

WILLIAM & KATE @KL 2012

Hii...hari ni betul2 teruja nak masuk entry ..gara-gara lawatan diraja Britian..William dan Kate Middleton ke Malaysia dari 13 hingga 16 September 2012.  Dari mula uar-uar berita kedatangan Will, cuyang and geng dah standby misi utk bersama memeriahkan taman KLCC menunggu kedatangan keduanya... (khabarnya akan melawat taman tu pada 14 Sept, jam 10.30 pagi). So, today...atas restu bos..cuyang, yus & ies bersama bang enol terus ke area taman utk realisasikan misi kami..hahaha (sebelum tu sempat g bank jap - urusan rasmi..hehehe).

Mulanya nak berkejar ke taman tu..perlu lalu belakang masjid assyakirin...rupanya kat situ dah ramai orang dan reporter mat-mat salleh ni dok berkumpul kat tangga hadapan masjid. Sempat kami tanya polis bertugas rupa-rupanya couple ni akan melawat masjid dulu then baru ke taman.. Apa lagi kami terus ler dok nunggu kat situ.  Tepat 10.30pagi couple ni sampai...alaahaaiii terubat rindu pada Princess Diana bila tengok Will dan ayu juga Kate ni berselendang..(walau betis nampak coz pakai skirt). 







Sopan dan manis kannn...


Kami tunggu sampai dia balik naik kereta barulah berkejar pulak ke taman KLCC tuh..hahahaha..katun betul kitorang gara-gara couple nih.  Sampai di taman KLCC punya lah ramai orang dan riuh rendah keadaan situ.  Sampai2 kami terus berdiri (sebalik pagar besi...huhuhu) di bahu jalan tunggu couple ni sampai. Tak sampai 5 min, keduanya sampai menaiki buggy..dan bergema suara2 memanggil nama william dan kate.

Bila keduanya turun buggy then terus berdiri dihadapan kami sambil menonton tarian silat...apa lagi..snap snap snap ler...hehehe. Then keduanya terus di bawa melawat / menonton persembahan kesenian yang diadakan disitu..dan kami menunggu sampaila mereka balik..Ni ler antara snap2 yang kami dapat ambik..tu pun atas bantuan Ies dan Yus...hehehe..thanks yang.







Kalu dah minatt.....first time dok menempel tepi pagar gini...hahahahha


Geng Rekaan...handle fashion show batik kat taman nih...tahniahhh geng






No comments: