Thursday, September 6, 2012

MERDEKA 2012

Assalamualaikum...31 Ogos 2012 yang lepas cuyang sebagai rakyat Malaysia amat bersyukur dan berbangga untuk menyambut hari merdeka.  Kebetulan nama pun naik untuk bertugas memeriahkan sambutan di dua lokasi berbeza iaitu di Dataran Merdeka (sempena perarakan hari Merdeka) dan di Stadium Bukit Jalil (sambutan 'Janji Ditepati) bersama YAB PM kita sayangi.  Walaupun mulanya hati agak memberontak coz kebiasaan cuti merdeka hanya melihat di depan kaca TV sambil menghirup nescafe panas...tetapi tahun ni lain pulak senarionya.  Positifnya cuyang pergi jugak dan apa yang pasti...bila sampai jer ke Dataran hati terus teruja dan berbangga sebab dapat bersama seluruh rakyat Malaysia memeriahkan sambutan.  Kami bersama menyanyikan lagu NegaraKu, melaungkan ucapan keramat MERDEKA dan gembira menyaksikan perarakan yang amat menarik (berbeza semangatnya di depan kaca TV).  Pada malamnya pula kami turut memeriahkan Stadium Bukit Jalil...walaupun tak masuk dalam stadium tuh, tapi duduk di luar stadium dengan keriuhan dan kemeriahan rakyat yang datang cukup membakar semangat cintakan negara.  Apepun syukur alhamdulillah dilahirkan, dibesarkan dan menyumbang bakti untuk Malaysia. LOVE MALAYSIA

Aku Anak Malaysia

Kami Anak Malaysia




Bersama Farina dan Dalia

Acara malam di Stadium Bukit Jalil 'Janji Ditepati' ...Koperasi PKKM turut mengambil bahagian bagi aktiviti jualan makanan

Kami warga PKKM bangga jadi anak Malaysia
Add caption



No comments: