Tuesday, May 1, 2012

Takziah Atas Pemergian Mona Abd.Rahman (1972-2012)

Assalamualaikum...pagi ahad lepas (29 April 2012) sedang cuyang leka masak bersama along di kampung..dapat berita sedih akan pemergian sahabat kesayangan kami iaitu Maimunah Abd.Rahman (lebih kami kenali sebagai Mona semasa bersekolah bersama di Sek.Men.Tuanku Kurshiah, Kuala Pilah N.Sembilan).  Pemergian beliau selepas kelahiran anak keenam amatlah mengejutkan..dan paling cuyang terkilan sebab tak berpeluang langsung utk berjumpa beliau..sejak first gathering kat IOI Marriot Putrajaya hinggalah beliau dimasukkan ke wad HUKM semasa kelahiran.  Memang tiada rezeki langsung utk berjumpanya hanya di wall FB sahaja.  Apepun moga roh beliau dicucuri rahmat dan anak2 serta suami tabah menghadapi ujian dari Allah SWT. 

Arwah Mona bersama keluarga bergambar bersama keluarga Muzaliza di hari raya aidilfitri 2011.  Gambar yang paling aku suka melihat kebahagian keluarga rakan2 ku.. moga allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya..amin.

Gambar bersama Muzaliza, Zuraina, Arwah Mona, Cuyang dan Muzalina...semasa hari penyampaian hadiah Sekolah Menengah Tunku Kurshiah, Kuala Pilah. Aaaaa...menari endang lagi kami tauuuu....ramai peminat nak jadi adik angkat kami..har har har

Kami...Kelas Teratai (Perdagangan)...Rasanya Tingkatan 5 nih....hehehehe lupo plakkk


Group 'Rock Roller' terkini yang tinggal 3 orang sahaja... Moga arwah Mona tenang, dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama dikalangan orang-orang yang beriman..amin.
Al-Fatihah..

No comments: