Monday, April 19, 2010

Missed my artworks...:)

Tokonang Juo Menanti Pengunjung
Kosmo, 02 Mei 2006

Oleh : Wan Fakhrul Wan Bakar
berita@kosmo.com.my

SEBUT sahaja Negeri Sembilan, pasti ramai yang terbayang adat Perpatih, rumah Minangkabau dan masak lemak cili padinya. Namun, ada satu lagi keunikan di negeri yang terletak di selatan tanah air itu iaitu melahirkan insan-insan seni yang berbakat besar dalam bidang seni lukis. Bagi memperlihatkan kehebatan hasil seni mereka, Balai Seni Lukis Negara buat julung kalinya telah menganjurkan satu pameran lukisan yang hanya melibatkan para pelukis dari Negeri Sembilan sahaja.

Pameran itu yang diadakan sejak 30 Mac hingga 7 Mei ini dinamakan Tokonang Juo : Seni Negeri Sembilan Masa Kini. Orang ramai masih berpeluang untuk berkunjung ke pameran itu kerana ia masih dibuka kepada umum pada setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Seramai 54 pelukis Negeri Sembilan yang terdiri daripada pelukis ternama, pelukis sepenuh masa atau pelukis self-taught, menyumbangkan karya mereka untuk tatapan para pengunjung. Karya-karya yang dipamerkan itu merangkumi karya dari aliran lukisan tradisional dan realistik sehinggalah kepada karya figura manusia, karya modenis dan abstrak.

Nama-nama besar seperti Abdul Latiff Mohidin, Lai Foong Moi, Zakaria Ali dan Tajuddin Ismail yang cukup hebat di arena seni lukis negara turut tidak ketinggalan. Abdul Latiff, anak watan Lenggeng dilabel sebagai seniman mithali berdasarkan kredibilitinya sebagai pelukis berbakat. Empat karyanya yang dipamerkan pada pameran kali ini ialah Pago-Pago Bangkok (1960), Pago-Pago (1964), Kenangan Dari Utara (1965) dan Pemandangan II (1966). Lukisan-lukisannya itu menggunakan cat minyak dan cat air yang diletakkan dalam kategori lukisan abstrak.
Pameran Tokonang Juo: Seni Negeri Sembilan Masa Kini itu dibahagikan kepada beberapa sudut berdasarkan kategori masing-masing. Antaranya ialah figura manusia, landskap, seni bina, tumbuhan, alam benda, binatang, abstrak, area dan karya Diraja. Di sudut karya Diraja, pengunjung dapat melihat sendiri hasil karya kerja tangan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar. Baginda merelakan sepuluh keping catannya digantung untuk tatapan rakyat jelata. Bakat seninya itu telah dilatih olen seorang pelukis Jerman bernama Datuk Karl Bandalin yang pernah menetap di Juasseh yang terletak berhampiran Istana Sri Menanti. Baginda meluahkan eksperisi dari dalam dirinya menerusi lukisan bunga, keris, bantal, balkoni, pasu dan tengkolok. Dengan sapuan berus yang Hein dan dicalit dengan begitu lembut, lukisan-lukisannya memperlihatkan Tuanku Ja'afar merupakan seorang pelukis amatur yang amat serius dalam berkarya.

Antara banyak-banyak lukisan yang digantung di pameran itu, sebuah lukisan yang panjangnya 140 sentimeter dan selebar 110 sentimeter berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Lukisan di bawah kategori tumbuhan yang bertajuk, Buah Betik hasil karya Leong Chee Siong itu kelihatan seperti buah betik sebenar.

Bagi kategori figura manusia, antara lukisan yang menjadi perhatian para pengunjung ialah Potret II karya Mohd. Zaki Amir Md Derus, Bersendirian II karya Jamil Mat Isa, Never Ending Story Series, karya Noor Azima Mohd Alwi dan Sembang-Sembang karya Zakaria Ali. Dalam banyak-banyak hasil catan itu, karya Jamil Mat Isa yang bertajuk Bersendirian II, telah terpilih untuk dihadiahkan kepada Tunku Ampuan Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Najihah semasa kunjungannya ke pameran itu.

Dalam pada itu, pelukis Potret II, Mohd. Zaki Amir Md Derus berkata, dia amat berbangga apabila ada pihak yang sudi menganjurkan pameran bagi mengetengahkan bakat pelukis dari Negeri Sembilan. Potret karya Zaki itu menunjukkan wajah Za'ba, Bapa Tata Bahasa Melayu yang muda, bermuka bulat, perenung diri dan bersikap keras. Kemahirannya menghidupkan potret itu dapat dilihat menerusi caranya mengolah ton gelap dan terang, kedalaman, kontur dan cahaya. Selain potret Za'ba, Zaki turut menyumbang sebuah lukisan orkid merah yangdigantung di sudut tumbuhan.

Sementara itu, seorang lagi anak Negeri Sembilan yang menyertai pameran itu, Noor Azima Mohd Alwi membuktikan walaupun dia seorang wanita, dia mampu menghasilkan karya sehebat pelukis berlawanan jantina dengannya. Salah satu daripada dua lukisannya yang berjaya digantung di pameran kali ini ialah Never Ending Story Series yang menggambarkan kedahsyatan seorang insan keeil yang terperangkap jiwa dan raganya. Azima mengekspresikan dirinya seolah-olah dia sedang menanggung kesengsaraan akibat peperangan. Ternyata lukisan tersebut mampu memikat hati pengunjung yang datang dan mengamatinya.


The Never Ending Story II


Tetamu VVIP..Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di bawa melawat lukisan yang dipamerkan.




'The Expat' merupakan satu-satunya majalah yang telah membantu mempromosikan diri sebagai seorang pelukis.  Membakar semangat ketika itu..tetapi akhirnya tersungkur jua dengan kemelut kerja-kerja pejabat...arrrrhhhhh...aku kehilangan semua warna-warna..canvas dan berus-berus ku...

No comments: