Thursday, April 29, 2010

Bengkel Pengukuhan Produk Untuk Pasaran Antarabangsa Sesi 1/2010

Bengkel selama 3 hari (26 - 28 April 2010) anjuran Unit Pasaran Antarabangsa, telah berlangsung di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang.  Turut disertai oleh pegawai-pegawai kraf dan usahawan kraf seluruh negara. Bengkel yang bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan kraf bagi persediaan produk bagi pasaran eksport khususnya Amerika Syarikat.  Berpeluang menimba pengalaman bersama penceramah yang aktif dalam pasaran eksport serta fasilitator yang terdiri dari pereka aksesori & perhiasan diri serta hadiah & cenderamata.  Bengkel yang padat dengan ilmu...kena pulak buat design..adooiii jari dah keras nak melukis, tapi alhamdulillah...keluar juga rekaan-rekaan yang boleh disalurkan kepada usahawan kraf.  Tapi yang best..sukan bowling dan makan..makan...makannnn....hehehehe...windu kat lambchop...:P

Sesi diskusi - 'Unique Offering To The World'
Kumpulan B - Creative & Innovative (Hadiah & Cenderamata)
Apa nak lukis nih...idea tak kuar2 lagi nih..jemmmmmm
Bersama Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Juara-juara bertahan Bowling...menuju ke medan pertempuran...:)
Selepas acara bertempur....KALAAAAAAAHHHHHHHH...huhuhuuhuhuhu
Acara yang ditunggu-tunggu...MAKAAAANNNNNN
Muka juara...percaya !!! ...tengok..meja penuh dengan hadiah hamper...Makan lagi...huhuhuhu

No comments: